Subscribe:

Pages

Thursday, February 11, 2010

Pertandingan Tarik Tali (Special Edition)


Pertandingan berlangsung dengan sengit sekali..Atlet-atlet tarik tali dari setiap rumah sukan mencurahkan keringat masing-masing bagi memastikan kemenangan diperolehi mereka..(maaf tiada gambar diambil ketika perlawanan berlangsung)berikut adalah keputusannya:

Johan : Thoriq
Naib Johan : Usamah
Ketiga : Ayubi
Keempat : Khalid

Wednesday, February 10, 2010

HARI SUKANEKA MAKTAB MAHMUD YAN


dalam perjalanan

dalam perjalanan

Tiba di stadium mini Pantai Murni pada 8.25 pagi..

Rumah Sukan Usamah

Rumah sukan Khalid

Rumah Sukan Ayubi


Rumah sukan Thoriq

Usamah tetap bersemangat walaupun tanpa maskod


Maskod rumah Khalid sungguh bergaya

Maskod rumah Ayubi bertemakan Peter Pan?

Thoriq gah dengan 'maskod' harimau mereka

Abang2 7th gen juga turut hadir

Syeikh Uzair(kanan) - 7th gen

Syeikh Shauqi yg bakal ke Yaman hujung Mac nanti(tengah) - 7th gen

Acara klimaks-pasukan bola MMCY menentang abang2 7th gen...result?

Walaupun kecundang 5-0 di tangan tuan rumah;abang2 7th gen bermain dengan penuh bersemangat

p/s:Majlis berakhir berakhir dengan penuh dramatik sekali iaitu hadiah terpaksa ditangguhkan dan akan diberikan pada minggu seterusnya akibat kesuntukan masa..para pelajar pulang pada pukul 2.30 petang dari Pantai Murni ke sekolah;walaupun penat memerah keringat,namun memperoleh kepuasan bersukan dan kekuatan ukhwah yang semakin rapat sudah membuatkan warga MMCY gembira... :)

SISTEM UPDATE 2010


Assalamualaikum semua,pertama kali ana nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang masih setia dengan blog yang tak seberapa indah ini.Straight to the point,blog ini mungkin akan diupdate 2 minggu sekali selaras dengan cuti mingguan Maktab Mahmud iaitu 2 minggu sekali..sekian,terima kasih.. :)

Berkhidmat untuk MMCY dan warga 9th Genth.. :))

Tuesday, November 17, 2009

Kenakalan Menjadi Kerinduan



KENANGAN BERSAMA GENERASI SEMBILAN

Aku memang tidak menyangka ini akan berlaku....Pejam celik pejam celik musim persekolahan telah pun berakhir...entah kenapa tiba2 terasa hiba di hati utk meninggalkan sekolahku...Maktab Mahmud Yan...

Memang tersiat di hati apabila di'label' generasi yang teruk.Namun,itulah kehidupan...

Berpegang kepada konsep 'sorang buat semua kena' kadangkala menimbulkan rasa tidak puas hati...iyalah,yang menimbulkan masalah hanya beberapa orang shj tetapi satu batch dihukum...

Tetapi saya faham mengapa abang2,guru2, serat pihak sekolah berpegang kepada konsep tersebut;ianya untuk melihat sejauh ukhuwah kami untuk menjaga rakan masing2...

Biarlah di'label' sebagai generasi perosak,pemusnah atau sebagainya...bagi saya(penulis) kenangan bersama rakan2 tidak dapat dilupakan...

p/s:buat semua warga Generasi Sembilan...tidak kira yang membaca atau tidak artikel ini..diharap kita dapat membina semula generasi kita pada tahun 2010 akan datang...insya'Allah....BIARLAH KENAKALAN ITU MENJADI KENANGAN....WE’LL MISS YOU MMY…THANKS 4 TEACHING US THE MEANING OF THE LIFE…

Doakan Buat Yang Terbaik Untuk SPM - 7 Generation

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Namun kehidupan perlu diruskan jua...btw,wida' bersama 7 Gen saban hari begitu menusuk ke kalbu...sungguh sedih meninggalkan sekolah...

Apa-apa pun...kami warga Generasi Sembilan berharap dan berdoa supaya para pelajar Tingkatan Lima tahun ini akan membuat yang terbaik dalam peperiksaan Sijil Menengah Rendah (SPM) yang akan bermula pada esok hari...(18/11/09)

p/s: 7 Generation...You all are the best generation...hope see you all again...our pray always with you...Semoga sukses semuanya...Amin....

Thursday, October 22, 2009

AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MUNCUL PADA BADAN ALI

GAMBAR menunjukkan ayat Al-quran yang muncul pada kulit Ali

Majlis Mufti Rusia menyifatkan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul pada kulit bayi lelaki, Ali Yakubov di Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran Allah keada semua penduduk Islam negara itu.

Menurut kenyataan majlis itu, umat Islam hendalah mentaati perintah Allah dan meninggalkan sengketa, mewujudkan keamanan, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan untuk mendapat keampunan Allah.

Ayat suci al-Quran itu muncul pada Isnin dan Jumaat. Ia hilang dan kemudian digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada".

Semasa dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit berkaitan jantung dan otak tetapi sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.


Ali Yakubov,Dagestan,Rusia



tag
Photobucket