Subscribe:

Pages

Friday, January 14, 2011

10 Sifat Peribadi Muslim

Acapkali kita diperingatkan 10 sifat peribadi yang digariskan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna..Sudahkah zahir kita diselaputi dengan sifat-sifat ini? Cukup sifat-sifat ini,insya'Allah dakwah yang kita sampaikan mudah difahami dan diikuti hasil qudwah kita yang terbina dengan sifat-sifat ini...

10 Sifat Peribadi Muslim (click for higher quality)


1. Aqidah yang Sejahtera

2. Ibadah yang sohih

3. Akhlak yang mantap

4. Berpengetahuan Luas

5.Memiliki tubuh badan yang sihat

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu

7.Berdikari

8.Tersusun didalam urusan

9.Menepati masa

10.Bermanfaat utk orang lain.

Hanya peribadi pemuda dan pemudi yg memiliki ciri-ciri ini mampu menggalas bebanan menyeru manusia kembali kepada Allah…Ayuh! kita bina bersama dengan penuh keazaman dan kesungguhan serta saling nasihat menasihati.

Thursday, January 13, 2011

mUjAhaDaH dI dLm kElAs....

Assalamualaikum!!!semua pelajar sekolah dah masuk sekolah dah ( walaupun terlewat tapi nak juga cakap macam ni T_T padahal dah dua minggu ke tiga minggu antum masuk sekolah )….


URMMM… mujahdah di dlm klas…mcm mna tu??1 mslah yg sering mlnda pelajar dlm klas..iaitu masalah MENGANTUK..right???macam ini, bila semua dah masuk class, dah mula kuliah, dah mula belajar ana yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur (especially utk mereka yg menghuni asrama) cuma entahh, kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar itu bukan subjek yg diminati c0nfirm susah difahami dan membosankan…

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? ana sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab ana selalu jugak mengganguk terlebih faham dalam kelas. Bukan sebab ana tak cukup tidur. Bukan sebab malas, ana sndri pon x tau sebab apa..he:-)



Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

1. Sila BELI GULA-GULA dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makan je gula2 yg dibeli 2…nk lg best beli gula2 yg jenis pedas dan mengyegarkn. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.

2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dahhh jangan malu² . kalau susah sgt beli ja air mineral kt koperasi or kantin skolah senang…

3. Tapi kalau rasa macam tak ada effect ke apa dekat tips pertama dan kedua, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta HAHAHA bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Kalau rasa basuh muka tu tak cukup kuat nk bg affect amik la wuduk dgn niat menghalau syaitan..InsyaAllah…..

4.kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.boleh Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik belajar sebentar

IBU MENGELAKKAN MENGANTUK

Tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemelang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tidak ada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak item dalam masa yang singkat.


MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA KULIAH ATAU DISKUSI

1. Fokus.
2. Masukkan minat yang mendalam.
3. Catat menggunakan peta minda.
4. Pastikan anda mendengar dengan jelas.
5. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
6. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

MASIH MENGANTUK?

Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam menarik matahari dan bulan mengikut orbit peredarannya.

Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk dari menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.

Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!

p/s:maaf andai ada yg terkurang!!

Pabila Digelar Pemimpin...

"Pemimpin ini..kakinya sebelah di Neraka dan sebelah lagi di Syurga..."kata akhi Ariff,tercengang kami yang berada di dalam Syura' tempoh hari..."Kalau kita buat kerja,masuklah syurga,kalau tak buat masuk neraka,itulah kelebihan menjadi pemimpin..."

"Badan Pengawas,Asrama,Badan Dakwah...itu semua bukan TAKRIMAN(kebanggaan) tetapi adalah TAKLIFAN(pemberatan) atas diri kita.."kata salah seorang akhi Tingkatan 4..nadanya sedang-sedang..tetapi ada penegasan di situ...Masing-masing melontarkan taujihad yang bersarang di dada...Alhamdulillah,moga-moga semakin ramai Ruh-ruh jihad wujud di kalangan masyarakat kita..^^

Makhluk-makhluk Allah yang 'HEBAT'..^^

Tahun 2011 sudah dijijak dengan jayanya selama hampir 2 minggu..Alhamdulillah,syukur kepada Allah,yang mempermudahkan urusan kami(para pelajar MMY) selama ini..Tahun 2011 kali membuka tirainya dengan kehadiran 9 orang Pengawas baru..huhu(gambar kat atas just beberapa orang)Moga-moga dengan penambahan bilangan Badan Pengawas ini dapat memantapkan lagi pentadbiran sekolah Insya'Allah..^^

Tentang kepimpinan Asrama..Minggu organisasi dan aktiviti-aktiviti akan di'post' dalam rencana seterusnya..=)


Lagi gambar makhluk-makhluk Allah yang 'TAQWA'...^^

Tuesday, December 28, 2010

HaVe YoU PrePAreD foR yOuR neW sTudy..??


Assalamualaikum sume!!!memandangkn dah nk msuk 2011 maka kita pon dah nk start study blik…ana caya, c0firm pmbaca sume dilanda kemalasan krna skolah dah nk start blik kan..(tahulah best cuti lma2 pon..)so kt sini ana nk kongsikan sikit perkara yg kita perlu buat supaya kita ni rajin sikit belajar…utk candidate2 yg nk amik exam especially candidate spm 2011…amik la tip2 ni…bwa2 la buat ye…

1. Niat

Semua pelajar mesti betulkan niat..nak belajar atau nak buang masa dengan kawan-kawan...sama juga macam kita nak sembahyang...jika niat kita terpesong atau tak kuat dalam hati..namanya kita berada didunia lain la masa (berkhayal)

2. Azam

Setiap kali nak tidur kuatkan azam.."aku nak ke sekolah besok dan belajar bersungguh-sungguh, apa yang guru ajar, apa yang aku lihat, dengar dan buat Insyallah ingat"

Setiap kali bangun pagi..ulang balik azam kita malam tadi.

3. Perancangan

yah ini yang payah ni..macam mana nak buat perancangan...kena buat jadual ka...Yap paling senang sekali...buat jadual study..dan jadual study ni kenala review selalu..ubah jika perlu..jumpa guru kalau tak tahu. Berbincang dengan kawan-kawan..rujuk pelajar cemerlang di sekolah.

4. Inspirasi

cewah...inspirasi pula..ye la kalau kita rujuk inspirasi kita tentu kita nak berjaya macam dia..contohnya kita ambil inspirasi kita Rasullah. betapa tekunnya baginda berjihad walaupun mendapat tentangan dari kaumnnya sendiri. @ azali azlan or nur madihah

. dapat semua A dalam SPM.

5. Berdoa

Islam menggalakkan umatnya berdoa..doa, doa doa....SENJATA utama kita...solat hajat ngan tahajud jgn lupa plak…

6. Mohon restu ibubapa dan guru

Kerestuan ibu bapa juga penting..apa nak malu minta restu..cuma minta ampun dari ibu dan bapa setiap hari minta halal makan minum dan mintakan ibubapa doakan kat kita..mana ada ibubapa tak suka anaknya berjaya kan.kita kna minta halal dr guru kita sgala ilmu yg mereka berikan kpd kita….

7.Kawan

Ha ha ni pun part yang susah ni..pendek cerita...kawan untuk menangis sekali tak ramai...kawan untuk ketawa..ramai..ka ka ka. pilihlah kawan yang boleh membetulkan kesilapan kita..ingat mengingati…tp kalau kawan kt kls 2 mmg x byk mna pon…sbb 2 kwn yg terbaik…hehehee

sekian,,,,wassalam....

p/s:maaf la kalau ada yg terkurang…..

Thursday, December 23, 2010

AHLAN WASAHLAN 2011


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca..Alhamdulillah di kesempatan kali ini,Allah mengizinkan kepada penulis untuk menulis satu rencana baru,sebab dah dekat 2 minggu button 'publish' tak ditekan oleh admin-admin di blog ini,hurm..kiranya latihan menaip sebelum nak berhijrah ke tahun baru,2011 ini lah yer..

Pejam celik pejam celik lagi seminggu tahun 2010 dah nak mengangkat kaki meninggalkan kita..hurm,banyak benda yang tak dibereskan lagi..buku2,alat tulis,bagi yang dah semakin besar tu,dah kena beli baju baru,seluar baru..Haa..tak lupa juga yang nak jadi pengawas tahun depan,kena la beli baju lengan panjang;tak kan nak hantar kedai tampung lengan baju pendek tu..

Nak dikongsikan kisah 2010,tahun yang agak sukar bagi kami(putera form 4)..dah la sikit,kena buat kerja macam-macam..so,banyak la yang agak tak menjadi;tapi itu tak mengapa(smile) sebab pengalaman dihasilkan melalui praktikal..kalau setakat tengok sahaja tak jadi..Bak kata orang,pengalaman itu lebih berharga daripada kemahiran yang kita ada..(maksudnya kalau ada ilmu tak amalkan tak guna juga..);jadi suka duka dikongsi bersama,kami itu semua sebagai ujian daripada guru-guru untuk mematangkan kami semua..Alhamdulillah..

Lagi seminggu..!!??Untuk informasi semua..24 Disember 2010(hari publish rencana) Jumaat,akan diadakan Muqayyam bertempat di Titi Hayun,Yan,Kedah.Menarik??Ya,memang menarik..taribiyyahnya memantapkan wawasan jati diri..tempohnya 3 hari..maknanya 27 Disember 2010 sudah tamat..Tak faham..?? Perkara serabutnya di sini..29 haribulan sudah perlu ada di MMY..aduhh,macam mana dengan barang-barang sekolah..semuanya perlu dibawa.. sempatkah;tinggal 2 hari sahaja lagi..(bahagian ini tentang putera form 4 majoritinya..dan yang paling serabut penulis..tak siap banyak benda lagi..tapi masih sempat post..^^)

Kalau yang nak tahu tentang PMR tahun ini..hurm,tak banyak maklumat yang penulis dapat..yang tahu ada peningkatan yang memberansangkan keputusan PMR tahun ini berbanding tahun lepas..Mabrukk diucapkan kepada adik-adik 10th Generation kerana telah mengharumkan nama MMY..oh ya,keputusan PMR tahun ini juga berjaya mencatat rekod 100% lulus..Alhamdulillah..Allah bagi rezeki,semuanya datang daripada Allah.. ^^

Usia yang semakin dewasa tidak datang kepada kita seorang diri sahaja,dibawanya 'tanggunjawab' kepada kita..Haa,jangan ingat dah besar bisa macam-macam yaa..Macam dalam cerita Spiderman(kalau tak silap).."The great power comes with the great responsibility"..Haa, maksudnya kita yang dah punya jawatan yang besar-besar tak boleh la rilek-rilek..amanah di bahu kita,jadi..jalankanlah dengan sewajarnya seorang pemimpin itu menjalankan tugasnya...

Nak menutup rencana kali ini,penulis mengajak diri penulis yang serba daif ini bersama saudara-saudara seMuslim sekalian,pujuk hati kita,selenggaralah nafsu kita,supaya kita membuat sesuatu di jalan Allah,bukan dengan nafsu,ingat..muka yang hensem,lawa,tangan yang kuat,kaki yang lincah..semua Allah kasi pinjam jerr..dan Allah tak kasi free jer..semuanya harus dibayar dengan amalan dan ketakwaan kepadaNya...Ayuh,"think for ummah,it's the great invesment"...wassalam

Wednesday, December 8, 2010

Rekrut Maktab Mahmud 2011..??


Assalamualaikum..baru2 ini penulis telah terjumpa sekeping gambar pemain bolasepak..mungkin kalian pernah melihatnya..tetapi yang ini lain daripada yang lain..hurm,adakah ini pelapis bolasepak Maktab Mahmud akan datang..??layan.. ^_^


p/s:gambar di atas hanya rekaa semata-mata..diharap pihak yang terlibat saling redha-meredhai.. :)
tag
Photobucket