Subscribe:

Pages

Wednesday, June 1, 2011

YA ALLAH,ADAKAH HATIKU SUDAH MATI!!??

Apabila HATI menjadi GELAP maka berlakulah KEJAHILAN. Dan apabila taubat KEINSAFAN tercetus, maka MATA HATI pasti BERCAHAYA. Namun kejahilan dan keinsafan hanya dipisahkan oleh KEMAHUAN dan KEYAKINAN. Maka BANGUNKANLAH kemahuan dan SUBURKANLAH keyakinan. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui akan rahsia-Nya.


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

*Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

p/s:Ya Allah,andainya sudah terdapat tanda2 bahawa hatiku sudah mati..ku mohon padaMu ya Allah..limpahkan maghfirahMu padaku ya Allah..Bukakanlah pintu hatiku ya Allah agar masih lagi mampu meneguk walau setitis dari lautan hidayahMu...Engkaulah sebaik2 penerima taubat...Ameen..

0 komen:

Post a Comment

tag
Photobucket