Subscribe:

Pages

Monday, March 14, 2011

ibRaH dArI hAiWaN kEciL...


Assalamualaikum…amacam sume sihat??…tanpa kita sedar kita tlah masuk bulan 3 dan menjejak cuti penggal pertama..hmmmm ini maknanya spm smakin dekat la ye…mcmana dgn cuuti penggal ni?? Mungkin ada yg pergi tusyen,seminar ataupun bercuti b’sama keluarga ataupun duduk je kat rumah..utk student mmy msti sibuk study al-maklumlah nk ujian topikal lpas cuti ni…apa2 pun yg kita lakukan cuti ni hrp2 diredhoi allah…ketika ana menjelajah alam maya nie..ana ada terjumpa dan terbaca satu kisah nie…dan ana pun nk berkongsi kisah ni dgn antum sume dlm entri ni…harap2 kita sume dapat mngutip ibrah n pgajaran dalam kisah yg simple nie….insya-allah…..

kisah ni merupakan komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

”Inilah sifat tawakakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

0 komen:

Post a Comment

tag
Photobucket