Tuesday, March 15, 2011
SEAM (Modul 1)12-15 March 2011
Assalamualaikum w.b.t kepada semua,ana harap insan2 yang sudi membaca artikel ni sihat2 belaka,bak dari segi mental dan fizikal,iman dan taqwa..Terlebih dahulu suka ana ucapkan selamat menjalani cuti penggal pada tahun ini,penuhilah masa2 anda dengan perkara2 berfaedah insya'Allah..
Pada Sabtu yang lepas,ana dan beberapa sahabat ana menghadiri sebuah program akademik ttg subjek yang boleh dianggap sebagai KILLER SUBJECT,yang kadangkala (bagi sesetengah pelajar,berdasarkan kajian)boleh mencacatkan result2 SPM (seperti ujian akhir tahun..) iaitu Matematik Tambahan/Additional Mathematics.
Ok baiklah,sebelum itu,mesti ada yang tertanya2 apakah itu SEAM?Haa,itu adalah singkatan yang ana sendiri beri kepada Seminar Easy Add Math kali Ke-4 yang tuan rumahnya kali ini disandang oleh SMKAB(Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling,Kedah.
Tujuan seminar tersebut tidak lain tidak bukan adalah sebagai satu bengkel pengukuhan mata pelajaran Matematik Tambahan bagi subjek Tingkatan 4 sahaja oleh kerana ini hanyalah Modul yang Pertama (Modul keDua iaitu subjek Tingkatan Lima akan diadakan pada minggu pertama cuti pertengahan tahun,lokasi masih belum diketahui).
Selain diajar cara penyelesaian mudah dan kaedah yang lebih berkesan,di sana kami dapat bertemu serta berikhwah dengan berbilang pelajar yang tampil dari kulawangsa serta sekolah yang hebat2.Antaranya seperti SBPIKP(Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu),KISAS(Kolej Islam Sultan Azlan Shah) dan SMSKP(Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu).Kami dapat belajar serta berkongsi idea pelajar2 top student yang sememangnya pakar dalam Add Math ini..
Kami bersyukur kerana dapat menyempurnakan program ini dengan jayanya.Diadakan selama 4 hari 3 malam (12-15 Mac 2011) dengan yuran sebanyak RM110.00.Mudah-mudahan dengan program ini dapat memantapkan lagi Matematik di kalangan pelajar(insya'Allah dekat sekolah boleh ajar,belanja nasi Kak Tam dah cukup ^^ ).
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada fasilillator yang sudi mengajar kami ilmu2 serta kaedah2 penyelesaian terpantas,dan menahan segala karenah kami,antaranya seperti Cikgu Sollehun,Cikgu Azam dan Cikgu Soufee (maaf,gambar tak sempat ambil..)
Akhir kalam,walaupun tidak banyak memberi input2 yang memuaskan(nak tahu lebih lanjut,dekat sekolah ke,warung2 kopi ke kita sembang,k..)suka ana ulangi kata2 salah seorang fasilillator kami; " Add Math is not easy,but it's hard to get failed". Sekian,Assalamualaikum w.b.t...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tag
1 komen:
semad gambaq ^^
Post a Comment