Subscribe:

Pages

Thursday, March 10, 2011

USAHA,STRUGGLE,JIHAD,HENSHIN !!!!


Assalamualaikum w.b.t kepada semua dan salam sejahtera,pertama sekali ana nak mengucapkan seINFINITI kesyukuran ke atas Rabbul Jalil kerana dipinjamkanNya kekuatan untuk ana menekan keyboard pada awal cuti penggal kali ini..Alhamdulillah..!!!

Dan tidak dilupakan juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan idola,imam,contoh teladan dan juga sandaran objektif pertama kita bekerja,iaitu mendapat MArdhatillah & bersama2 Baginda di Mahsyar kelak InsyaAllah...(T_T)

Hurm,untuk artikel kali ini,ana tak ada apa yang nak tulis,cuma ingin memaklumkan (although ramai yang dah maklum) bahwasanya Ujian Topikal 1 sekolah akan berlangsung pada 20 MAC 2011 sehingga 24 MAC 2011...

Di sini suka ana sertakan Persediaan Asas utk menghadapi peperiksaan :

1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak

3. Kefahaman Yang Jelas

4. Ulangkaji Berterusan

5. Keyakinan Diri


Lain manusia,lain sifatnya,lain pelajar,lain jugalah langkah2 persediaan yang diambil..jadi, terpulanglah selagi mana these method makes senses for you.. ^^

Ulangkaji subjek yang akan naik merupakan salah satu langkah
awal menghadapi peperiksaan
(GAMBAR Contoh)

Menolong sahabat2 ttg topik yg tidak difahaminya merupakan
salah satu langkah pembelajaran yang baik selain merapatkan sillaturrahim...
(CANDID Pic)

Acapkali merujuk soalan yang krg difahami kpd sahabat2 yg TOP
merupakan lgkh pembelajaran yang baik juga
(CONTOH Gambar budak TOP Student)


Kurangkan masa di luar kelas..perbanyakkan STUDY!!!!
(CONTOH Gambar)

Antara doa2 menghadapi peperiksaan :

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Akhir kalam,moga kalian dapat mengambil input2 daripada artikel kali ini insya'Allah...Di sini ana sertakan jadual peperiksaan bagi Form 4/5...

Ahad = P.Akaun,Tafsir,Sejarah,Tauhid
Isnin = B.Inggeris,Syariah,Feqah,Ekonomi
Selasa = B.Arab,Hadis,Add MAth,Al-Quran & As-SunnaH
Rabu = BM,usul FiQh,Math,Tajwid
Khamis = Sains,Tarikh Islam


p/s:perbanyakkan bangun malam,mohon banyak2 pada Allah moga2 diberinya kita kejayaan di dunia & Akhirat..Insya'Allah..!! NO PAIN NO GAIN !!!!

0 komen:

Post a Comment

tag
Photobucket