Tuesday, June 2, 2009
APAKAH HUKUM QADA SOLAT?
Bismillahirrahmanirrahim...insya'Allah dlm artikel kali nie marilah kita sama-sama m'bincangkan tntg hukum solat.Kita semua tahu tntg persepsi remaja marcapada kini yang sering tinggalkan solat. Kalau QADA plak? bila diorang teringat shj....Di sini ana nak bagi beberapa hadis tnt hukum solat....
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Seseorang yang telah meninggalkan solat sehingga terluput waktunya,kemudian mengqadakan waktu itu maka dia akan diseksa di dalam neraka selama satu HUQUB.Satu huqub adalah sama dengan 80 tahun.Satu tahun mengandungi 365 hari dan satu hari(di akhirat) bersamaan dengan seribu tahun (di dunia ini)
Mendengar daripada hadis di atas baru kita tahu bahawa dengan meninggalkan satu solat,kita akan diseksa(kalau ikut kiraan Math) selama dua puluh lapan juta lapan ratus ribu tahun/28800000 tahun.Tempoh ini hanyalah sekiranya tidak ada kesalahan lain.Kalau ada, ditambahlah lagi....
Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Katakanlah Ya Allah,jangan jadikan seorang pun di kalangan kami orang yang celaka lagi tersingkir dari RahmatMu",kemudian Baginda bersabda"tahukah kalian siapakah orang yang celaka lagi tersingkir dari Rahmat Allah s.w.t itu? Atas permintaa para sahabat Baginda s.a.w bersabda ,"orang yang celaka lagi tersingkir dari Rahmat Allah adalah orang yang meninggalkan solat,dia tidak mempunyai apa-apa bahagian pun dalam Islam.
Diriwayatkan juga dalam sebuah hadith bahawa sepuluh golongan akan diseksa denga dahsyat,salah satu golongan adalah yang meninggalan solat.Tangan mereka akan diikat,sementara malaikat pula akan memukul muka dan belakang mereka.Syurga akan berkata "Aku tiada hubungan langsung denganmu.Aku bukan untukmu dan kamu bukan untukku."Sementara neraka pula akan berkata kepada mereka, "Mari,mari kepadaku,kamu untukku dan aku untukumu"
Sebenarnya panjang lagi ana nak tulis nie coz bnyk sgt hukum tntg solat nie,tapi oleh krn masa yg tidak mencukupi dan takut korang tak larat baca...setakat ini sajalah...Ingatlah jika antum/antunna semua buat satu kesalahan...cepat-cepatlah buat amal kebaikan supaya dapat menhilangkan menggantikan kesalahan yang dilakukan...Ingatlah manusia senantiasa melakukan kesalahan dan pintu taubat daripada Allah sentiasa terbuka luas untuk kita...Sekian,salam ukhwah dari pengarang...Maa' Taufik Wan Najah...Assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)
tag