Subscribe:

Pages

Thursday, October 22, 2009

AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MUNCUL PADA BADAN ALI

GAMBAR menunjukkan ayat Al-quran yang muncul pada kulit Ali

Majlis Mufti Rusia menyifatkan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul pada kulit bayi lelaki, Ali Yakubov di Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran Allah keada semua penduduk Islam negara itu.

Menurut kenyataan majlis itu, umat Islam hendalah mentaati perintah Allah dan meninggalkan sengketa, mewujudkan keamanan, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan untuk mendapat keampunan Allah.

Ayat suci al-Quran itu muncul pada Isnin dan Jumaat. Ia hilang dan kemudian digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada".

Semasa dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit berkaitan jantung dan otak tetapi sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.


Ali Yakubov,Dagestan,Rusia



PELAJAR PENGANUT HINDU CEMERLANG PENGAJIAN ISLAM


Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Itulah semangat yang dipegang oleh salah seorang penerima Anugerah Khas Presiden sempena Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Terengganu, J. Deivee (gambar) dalam mengikuti kursus Diploma Psikologi.

Gadis berusia 21 tahun itu bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran asas kursus tersebut malah mata pelajaran melibatkan agama Islam termasuk Penghantar Akidah, Pengajian Islam, Fiqh Ibadat dan Bahasa Arab.


Deivee yang merupakan penganut Hindu bersama 240 lagi pelajar menerima Diploma Psikologi masing-masing pada majlis konvokesyen itu yang diadakan di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein menyampaikan sijil kepada graduan.

Deivee berkata, dia pada mulanya tidak mengetahui diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran berkaitan agama Islam ketika mendaftar di kolej tersebut.

''Namun, kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, saya mengambil keputusan untuk terus mengikuti kursus ini.

''Minat juga mendorong saya berusaha keras untuk berjaya,'' katanya ketika ditemui.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia berjaya mencapai kejayaan itu atas galakan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan.

''Untuk mata pelajaran berkaitan agama Islam, saya mempelajarinya seperti saya belajar mata pelajaran Sejarah iaitu dengan cara menghafal.

''Saya selalu belajar bersama rakan-rakan. Semasa peperiksaan dekat, mereka memberi saya buku dan menyuruh saya tulis dan hafal,'' katanya yang memperoleh 3.6 Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA).

Anugerah dan kejayaan itu menjadikan sambutan Deepavali kali ini paling bermakna buatnya dan keluarga.

''Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam mencapai kejayaan ini,'' katanya.

Sunday, October 18, 2009

Photoshop Tutorial


Assalamualaikum....kali nie sy nak tunjuk ciket cara2 belajar adobe...nie sume antara hasil sentuhan terbaru sy...hehe jgn mara...kalau korang nak belajar klik kat sini

Tuesday, October 13, 2009

Perjuangan Masih Belum Selesai

Bismillahirrahmanirrahim....buat sekelian kalinya sy nak minta maaf coz dah lama x update blog....Hal ini berlaku kerana sebok studi kot...hehe

Urmmm....anyway,seperti yg sume sudah maklum,PMR dah habis....syok x?syok kan....hehe.....

but, it;s not d' time to say "yearghh!!!!PMR dah habis...MERDEKA!!!!" yet....
no,no,no...kite tidak punya banyak masa untuk bersuka ria...tekadkan dirimu untuk meluangkan masa cuti dengan perkara2 yang berfaedah...lol

So,apapun berhibur tiada salahnya...namun,kite ambek iktibar daripada kisah Andalusia yang kini dikenali sebagai Sepanyol.Kerajaan Islam begitu utuh di sana ketika itu.Sameon,stlh 7 abad memerintah,kerajaan Islam jatuh kerana rakyatnya leka dan tidak lekang dari melakukan maksiat....terutamanya kaum remaja...

Mau x jadi cam tu....Ha...x mau kan...so...lu pikir la sendiri....Assalamualaikum....

p/s:motifnya nak gitau kat sini buat la benda berfaedah sikit time cuti nier....jgn asyik enjoy jer...adios everibudi...
tag