Subscribe:

Pages

Friday, June 24, 2011

MMY SUDAH ADA PADANG,DONGENG ATAU REALITI?


Maktab Mahmud Yan

Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum w.b.t buat saudara2 seakidahku di luar sana.Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah untukNya,tiada yang menciptakan kita melainkan Allah yang Esa.Jika ada kalimah pujian yang lebih tinggi daripada Hamdallah,mahu saja diucap satu persatu.

Marilah kita sama2 bermuhasabah diri kita kerana Allah senantiasa memberi rezeki kepada hambaNya yang seringkali alpa dan melakukan maksiat kepadaNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w selaku imam yang wajib kita teladani selaku ummatnya pada akhir zaman ini.

Baiklah,jom kita teruss kepada point artikel kita pada kali ini,sebenarnya tajuk di atas tu saja ja nak buat ayat 'tanbih' untuk kalian membacanya.

Ya,artikel kali ini penulis ingin menceritakan tentang padang Maktab Mahmud Yan.(ada jugak orang kata stadium,perli la tu..zZz)

Uke,kita mula dari awal,sebenarnya kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM400k(x taw angka sebenar,just agak je) untuk membeli tanah sebesar XX ekar kepada MMY selaku maahad kedua tertua(selepas MMAS).

Maktab Mahmud Alor Setar

Hasil daripada sumbangan tanah tersebut,banyak projek yang disusun supaya MMY dapat mendirikan prasarana yang baru bagi memberi motivasi kepada para pelajar agar dapat belajar dengan lebih baik.

Antara projeknya adalah seperti:
  1. Surau MMY (mampu memuatkan seramai 500 orang pelajar)
  2. Padang MMY
  3. Bangunan sekolah
  4. Asrama
Dan sebagainya,senarai di atas hanyalah cebisan daripada lembaran-lembaran projek oleh pihak sekolah.

Okey,lets take a look what we got.

*berikut adalah hutan2 yang telah dibotakkan di kawasan belakang sekolah...



ada lagi...



Proses pembotakannya agak lama lah juga..its about 2 months or either much longer..hurm,bagi kaki bola budak2 putera terutamanya form 5 tahun lepas,tak dan nak merasa padang ni sebab bulan Januari 2011 kalau tak silap baru boleh main.

Although padang baru ni tak la lengkap macam padang kat Wembley...



kat Beijing...

kat old trafford yang Rooney dok main tu..


Tapi kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah pelajar MMY sebab dah dapat padang baru,Alhamdulillah..(putera khususnya,budak puteri tak suka kot sebab budak putera dok main belakang dorm depa,whatever la puteri).

Berikut adalah sedikit gambar tentang padang MMY kat belakang nu,dan tentang perlawanan liga Super MMY yang sedang rancak berjalan... ^^



Actually padang ni masih belum lengkap macam:
  • palang gol guna buluh je dan tak dak jaring T_T
  • 'outline' guna tali rapia je (boleh berubah-ubah line out tu mengikut pergerakan angin dan kalau terkena kaki pemain,flexible la)
  • apa2 line pon x de,line tengah,kotak penalti n so on
Tapi perkara2 di atas tidak menjadi masalah kepada kakibola MMY untuk terus mengotorkan boot mereka.. ^^


Semoga dengan kewujudan padang ini akan menaikkan lagi mutu bolasepak di MMY,insya'Allah..Glory Glory MMY...

Skuad Kenari Maktab Mahmud Yan

Thursday, June 23, 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG-USTAZ ABDULLAH


Bismillah walhamdulillah,bersyukur kita hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini ,dan nikmat kelapangan masa yang diberi olehNya untuk kita dapat gunakannya ke arah yang manfaat, insya'Allah...

Seterusnya wajib untuk kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w selaku imam yang akan memberi syafaat kepada umatnya kelak,insya'Allah...

Baiklah rencana penulis pada kali ini adalah berkisarkan seperti tajuk yang tertera di atas ya,iaitu sempena perpindahan Ustaz Abdullah Harun ke Maktab Mahmud Sik.

Uhm,tulis panjang pun tak best nak baca,jom kita tengok gambar sudaa..




*Time mesyuarat majlis ni..




*suasana sebelum start majlis


*ucapan alu-aluan oleh Cikgu Rubiah

*Pengetua baru Maktab Mahmud Yan,ayahanda Ustaz Mohd Asri bin Saad





*persembahan hebat dan jitu oleh pasukan nasyid sekolah T_T




*para monologer bermonolog tentang perjuangan ayahanda Ustaz Abdullah

*ayahanda Ustaz Abdullah berucap buat kali terakhir di Maktab Mahmud Yan



*kesedihan jelas terpancar pada riak wajah ustaz2 dan ustazah2


*Ustaz Asri diiringi Ustazah Latifah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Abdullah


*kenangan guru-guru perempuan bersama Ustaz Abdullah

*kenangan semua tenaga pengajar bersama Ustaz Abdullah

*kenangan pelajar tingakatan 5 bersama Ustaz Abdullah




Kepada ayahanda,semoga tabah bersama tenaga pengajar baru di MMSK,ingatlah Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar,kami senantiasa dikau ayahanda ustaz Abdullah..

p/s:kepada pelajar tingkatan 5 Akaun,ustaz Abdullah nak buku latihan Balaghah Rabu depan,sekian,Assalamualaikum...

KESSUMA 2011


Assalamualaikum....hmm...qasanya memang dah lama ana tak tengok blog ni..al-maklum la....sibuk la katakan....tak dan nak 'jenguk' blog ni....ana just nak post pasai KESSUMA baru2 ni....lebih kurang 3 minggu yang lalu r(waktu cuti sekolah 2 mggu)...klu nak diikutkan...hari first latihan pusat kat maktab mahmud alor star pada 30 mei...tapi student2 mmy pi lambat sikit sebab kami kena pi tusyen dulu...takkan nak tinggal tusyen kot semata-mata untuk sukan...awai-awai tu macam susah sikit nak pi lewat...depa(JHAIK) tak bagi....tapi Alhamdulillah....ALLAH mudahkan kerja kami dengan bantuan Ustaz Nasir dan juga Ustaz Solahuddin...syukran ustaz....bila pi lambat...of coz la alaun kami pon dapat sikit daripada yang len...orang len suma dapat RM35....kami ja yang dapat RM25....tapi tak kisah pon...latihan pusat diadakan selama seminggu dan hari perlawanan selama 5 hari iaitu di Universiti Utara Malaysia(UUM)....macam tiap2 tahun....kami diberi beberapa 'barang percuma' yang diperuntukkan sebanyak RM200 setiap seorang...pada 5 mei...kami bertolak dari MMAS ke UUM...petang tu tak start lawan lagi...just adakan majlis perasmian kat padang UUM...malam tu ada taklimat ringkas sikit(untuk kontijen KEDAH ja)...6 mei...pagi tu(6.45) macam biasa la...suma kontijen KEDAH kena beratur untuk menyanyikan lagu 'wajib' kami iaitu...Negaraku,Asma ul-Husna,Lagu Kedah n Lagu Hijau Kuning untuk bagi semangat sebab dah nak lawan hari tu....sebahagian game start lawan pagi and sebahagian game lagi lawan petang....hari tu ada game yang menang n ada game yang kalah....malam tu ingatkan boleh rileks..tapi ana dan 2 orang lagi kawan ana pi berubat kat Malau...kawan ana yang sorang ni 'dikatakan' kena bomoh..kami balik lebih kurang pukul 1 pagi la jugak...7 mei...game yang menang ja lawan..yang kalah tu...tak boleh goyang kaki ja tau...depa kena bagi semangat kat kawan2 depa yang menang sebab pada hari tu adalah game final....dan setelah bertungkus-lumus menongkah arus...akhirnya KEDAH berjaya menduduki tempat ke-3 dengan dimenangi 2 emas dan 1 perak...Alhamdulillah la kan...ada la juga nombor walaupun tak dapat johan...johan keseluruhan dapat kat KELANTAN n tempat ke-2 dapat kat TERENGGANU...malam tu kami dibawa ke Mentaloon Menteri Besar Kedah untuk majlis penutupan...9 mei....lepas packing barang n breakfast...kami pon balik.....tulah serba sedikit cerita pasai KESSUMA 2011... ni ada la sikit gambar untuk dipertontonkan supaya antum suma dapat gambaran sikit...

kat Mentaloon Menteri Besar
nak start majlis perasmian
pagi nak bertolak ke UUM

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD

tag