Subscribe:

Pages

Sunday, July 31, 2011

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN DAN BERAMAL DI DALAMNYA

Salam..disebabkan admin lain sibuk,kita yang kat rumah ni terpanggil untuk share sedikit sebanyak tentang Bulan Ramadhan..sama2 kita kongsi..insyaallah

Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.


(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)


Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.


(Hadis riwayat Muslim)


Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.


(Hadis riwayat Ahmad)


Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.


(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:


>Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat

Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”

Ihsan Mimbar Ulama

Friday, July 8, 2011

GIGANTIC CEREMONY 2011-IDUL ILMI


Bismillah walhamdulillah;Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara untuk semua;syukur ke atas Rabbul Jalil pelancar segala madah di alam fana ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seorang insan agung yang menjadi 'hamba' sebenar kepada Allah s.w.t.Insan mulia yang senantiasa menjadi sandaran kita;insan yang kelak akan memberi syafaat kepada kita insya'Allah.

Insya'Allah pada kali ini penulis rasa semua pembaca-pembaca setia blog 5Akaun 2011 ni mesti tak sabar2 kan nak baca/tahu lebih lanjut tentang majlis idul ilmi yang diadakan pada 7 Julai 2011 iaitu hari Khamis yang lepas.Dan penulis ingin memohon maaf banyak2 kerana kesempatan waktu yang cuma sedikit melambatkan sedikit proses peng'update'an blog ini.

Baiklah,macam biasa;tiada gambar,tiadalah seri blog ini.kita mulakan dengan hari sebelum bermulanya majlis,iaitu hari persiapan..Jeng jeng jeng..



Okey,itu untuk hari persiapan,ada banyak lagi yang penulis nak tunjuk tapi nanti takut 'overload' pastu 'hang' komputer kalian pulak ye..Uke jom kita ke esok paginya...

7 Julai 2011 8.00 pagi (Sebelum kedatangan waris)


7 Julai 2011 9.00 pagi (dah mai pun para waris)


*pak guard Idul Ilmi
7 Julai 2011 9.30 pagi (Detik2 ketibaan Y.B Ustaz Haji Abdul Ghani)


Jom kita lihat pula wajah2 ceria waris dan anak2 cemerlang MMY/ex-MMY.


Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pemangku PIBG : Encik Mohd Nor Hasni


Kemudian majlis dilanjutkan pula dengan ucapan 'ringkas+padat' oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdul Ghani selaku pengerusi S.H.U.R.A.


Seterusnya majlis dihiburkan dengan halwa telinga oleh pasukan nasyid sekolah.Mantopp!!


Dan untuk terakhirnya..(rasa2 dah overload nie..) tunjuk la sikit gambaq penerima hadiah untuk SMRAMM,anugerah khas :D dan pelajar mithali..(sikit2 dah r)


Setakat ini saja artikel untuk kali ini..Minta maaf banyak2 pada sapa yang gambo dea tak terkeluar..nanti keluar la kot dalam Majalah Mumtaz 2011.. :D
Sekian,wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t

p/s:video nanti penulis upload laen... :)

Thursday, July 7, 2011

BULAN SYAABAN

Assalamualaikum w.b.t. ana nk kongsi dgn antum psai bulan syaaban yg mulia ini...so byak-banyakkanlah beramal spnjg bulan ini b4 masuk bln rmadhan...suma ni pesanan utk diri ana juga....

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula : Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. ش adalah singkatan شرف وشفاعة yang bererti kemulian dan pertolongan,ع singkatan kepada عزة وكرمة yang bererti keperkasaan dan keutamaan ,ب singkatan kepada بر ertinya kebaikan,أ singkatan bagi ألفة ertinya rasa kasih sayang danن singkatan bagi نور yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

- MENITI SYAABAN SEBELUM RAMADHAN..AYUH SAHABAT2 PERSIAPKAN DIRI SEBELUM TIBA HARI BARAKAH-......... RAMADHAN YANG DINANTI SEMAKIN MENGHAMPIRI........YA ALLAH TEMUKAN KAMI DALAM BULAN YG PENUH BARAKAH INI......AMEEN................


ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD

PERKHEMAHAN PERDANA PUTRI



Assalamualaikum w.b.t....sebenarnya ana malas ckit nk updte blog hri ni....tapi dah kwn ana yg sowg ni sruh updte gak...ana redho la....xda pa pon yg nk cita...cuma nk hbaq ja kat antum suma yg baru2 ni(lama la jgak...) putri mmy telah mengadakan satu kem...besar la jgak kem 2...iaitu kem perkhemahan perdana putri selama 3 hari...dri 6/6 sampai 8/6 bertempat di titi hayun yg tercinta...kem ni diketuai oleh Ustazah Rosita dan Cikgu Rohaizat dibantu oleh 7 org fesi dan 19 ajk kem tersebut.Tema perkhemahan kmi adalah 'MAN JADDA WA JADDA'...suma ada 15 kumpulan.... Kami start bertolak lpas wak2 skolah kira2 pkul 3 ptg...suma kna beratur dpn aspuri n then kmi pi menggunakan kenderaan yg tdak asing lgi iaitu 'bas 11'... smpai kt sna...mkan angin sat dan lps solat asar bru kmi start bina khemah...dibantu oleh 2 org ustaz...iaitu Ustaz Nasir dan Ustaz Solahuddin...tgh syox2 dok psg khemah...tup2 ada masalah baru muncul....rupa-rupanya kmi psang khemah bwh pkok durian...kmi pon ubah la blik susunan khemah 2....selalunya org mkn ayam bakar mlm last...xp kmi mkn ayam bakar wak2 malam pertama...esok pagi lbih kurang pkul 4 pagi...bgun ja dri tidoq...trus dgar suara sir azman tgh dok gelak dgn spa agak2...of coz la dgn ustaz2 yg len...2 tandanya sir 'menjaga' kmi spnjg mlm....tkut jadi apa2 kot...selepas qiam,tazkirah n breakfast,senaman...aktiviti strusnya bahgi kpd 2 group...group 1 flying fox n group 2 explorace...lpas jumaat tkaq plak...group 1 explorace n group 2 flying fox...ptg 2 men tutup2 mata....he...malam pulak adalah mlm kebudayaan...tiap2 kumpulan kena wat show bertemakan 'MAN JADDA WA JADDA'...esok pg lpas pnympaian hadiah n cabutan malang...kmi suma bertolak balik dan bersiap siaga untk membasuh baju yg berlonggok-longgok...tulah serba serbi coretan tentang perkhemahan perdana putri...






ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD
tag