Subscribe:

Pages

Friday, September 30, 2011

MUMTAZ EDISI KE-4 DALAM PROSES PEMBIKINAN

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,pertama kalinya penulis ingin mengucap syukur yang tidak terhingga ke atas Rabbul Jalil kerana masih diberi kekuatan membakar karbohidrat di dalam badan ini agar tenaga yang dijana dapat mengalir di setiap salur darah sekaligus mampu untuk menaip di atas papan kekunci berjenama 'Acer' ini..Alhamdulillah!! :D


Baiklah!Untuk artikel kali ini penulis ingin mewartakan bahawa proses pembikinan Majalah Mumtaz Maktab Mahmud Yan bagi edisi yang ke-4 sedang dalam 'mode' permulaan...


Oleh itu,banyak perkara yang penulis bersama rakan-rakan krew Mumtaz 2011 yang lain cari dan usahakan...


Tak perlu nak menaip panjang lebar,berikut adalah contoh kulit Majalah Mumtaz bagi edisi yang ke-4 ini...(dalam cadangan)



*Kulit hadapan

*Kulit Belakang

*Kulit Majalah(Full View)



Bagi memantapkan lagi proses pembikinan Majalah ini..Penulis sertakan poster iklan (gambar di bawah) untuk warga Maktab Mahmud Yan..(buka sekolah nanti insya'Allah akan tertampal di papan-papan kenyataan)


p/s:setakat ini sahaja..Maaf sekiranya artikel terlalu pendek..tak sempat sebab esok(Sabtu) kena datang awal pagi..jadi malam ni agak kalut sedikit..Wassalam

Thursday, September 29, 2011

TUNGGU KEDATANGAN KAMI SERAMBI MAKKAH!

Assalamualaikum w.b.t..terima kasih diucapkan kerana masih sudi membuka laman sesawang ini yang dah ber'sawang-sawang' dek ketandusan artikel oleh admin-admin yang senantiasa sibuk ini..


Baiklah pada artikel kali ini penulis ingin mewartakan bahawa pelajar Tingkatan 5 Akaun PUTERA Maktab Mahmud Yan akan menziarahi Negeri Kelantan Darul Naim atau 'Serambi Mekah'.


Insya'Allah kami akan bertolak pada petang Khamis, 6 Oktober 2011...




Jika tiada aral melintang..Insya'Allah boleh minta keberkatan Menteri Besar Kelantan a.k.a Tok Guru Nik Aziz.. :)




A'ha..jangan lupa ya sahabat-sahabatku..RM80 dalam tangan depan..kesian ustaz-ustaz tak dak duit nanti nak isi minyak...

The Red Warriors

Oh ya,kami juga akan menziarahi Terengganu pada awalnya(terlupa pula)...Apa-apa pun..moga ekspedisi ke Serambi Mekah pada kali ini diizinkan Allah..Amin...


p/s:kepada yang nak tempah ole-ole tu boleh 'deal' kat sekolah..sekian.

Friday, September 16, 2011

SAMBUTAN MERDEKARAYA 2011

Assalamulaikum w.b.t..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menjenguk blog yang kian sunyi sepi ini..moga2 artikel mampu mengukir seribu kenangan kepada batch form 5 pada tahun ini..Last nie sambut raya di MMY.. :)


Tak nak tulis banyak,tengok je gambar..(sebelum majlis)


Guru-guru perempuan mengerah tulang empat kerat menyiapkan gulai daging.

Pelajar puteri berusaha memotong daging... :|

Jeng3..antara 80 lemang yang dimasak...

Para pria mencemar duli memasak lemang


Buruh-buruh aktif tanpa gaji :)

Bahagian edit-mengedit(sebalik tabir)


Jom tengok suasana ceria semasa majlis bermula.. :)

"Sedap tak kami nasyid tadi?"

"Eh,nie suratkabo ari nie..haishh.."

Anak-anak PMR

Apsal berenti nie..keta lalu karang?

Senyum,tak perlu kata apa-apa...

"Ape ke henye deorang buat tue?" para guru berorientalis...

Sir dan Pak Ya..sehati sejiwa,seiring bersama..

"ais abeh dah..mai tambah sorang.." Ustaz Solahuddin berdesklamasi..

Pria-pria tunggu result trial...

Teacher Hasliza-Guru B.I

Bersama ibu-ibu MMY-generasi BERIS

Golongan peperiksaan berat (SPM,PMR)

1,2,3..piece..

Anak sape nie erk?

"Nak tembak pakai burung kale MERAH baru kuat.."-Angry Birds

Keayuan terserlah-Teacher Mawar

Bapa dan anak memborek-photographer merintik

Pengetua Maktab Mahmud Yan-Ustaz Mohd Asri b. Saad

Golongan-golongan pria maskulin :)

*Gambar ini tanpa sebarang editing..boleh edit sendiri :)

p/s:sekian saja posting kali ini,kepada yang 'tak termasuk' gambar tu..minta maaf sangat-sangat..Assalamalaikum..
tag