Subscribe:

Pages

Friday, July 31, 2009

INFATUATION (Percintaan Remaja Yang Sementara)

Bismillahirrahmanirrahim.....Alhamdulillah;
setelah hampir 7 bulan blog generasi sembilan
Maktab Mahmud Yan ini bertinta,pelbagai komen dan cadangan ditampilkan dan dibentangkan di kotak2 komen...Sekarang ini isu-isu percintaan semakin ketara di kalangan remaja....khususnya di pelajar di sekolah agama...
Di sini penulis ingin menyentuh sedikit tentang isu percintaan di kalangan remaja...Artikel ini bukan untuk menyindir sesiapa malah untuk pengajaran para pembaca dan diri penulis sendiri.....

Bercinta bercinta bercinta....Korang sume tau ker apa itu bercinta...sebenarnya CINTA itu TAK WUJUD di kalangan REMAJA!!!!!!!!!!!!!Mengikut kajian,sifat bercinta yang sering digembar-gemburkan oleh kalangan remaja sebenarnya adalah infatuation yang bererti tergila-gila akan seseorang ; dan perkara ini adalah fitrah dan lazim bagi seseorang yang menuju ke alam dewasa...dan mengikut kajian lagie,bercinta itu adalah skop bagi seorang pelajar??!!Ini bermaksud seseorang remaja itu harus bercinta untuk membiasakan diri pada persekitaran remaja yang lain seperti memenuhi RUKUN untuk menjadi ORANG DEWASA??!!TIDAK!!!!! ingatlah,perkara ini TIDAK LAMA,mungkin sahari atau seminggu atau sebulan, bila lama tidak bermesej atau bercakap atau tidak bercomunicate antara satu sama lain
dah tukar pasangan baru plak.....

Ingatlah,

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.


Sekian,salam TAUJIHAD dari penulis,semoga Allah memberi Taufik dan Hidayat kepada kita...Amin....

Friday, July 17, 2009

Batu Terapung Israk Mikraj.

Batu Terapung???




"apa? batu terapung? biar betul..."...Gambar ni dah tersebar dengan luas di internet. banyak pihak menyatakan yang batu ni adalah batu yang nak ikut Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai 'Dome of The Rock' memaparkan imej batu ni. Namun tidak dapat dipastikan samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di mana, dan tidak pula diketahui siapa yang telah menangkap
gambar itu. Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan pekara sedemikian? apakah tujuan sebenar mereka?



Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki)
terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.

Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang dipanggil "Gua Arwah".
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek.
Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra' (Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada di sana.

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)



Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng Israiliyyat) . Batu itu sebenarnya tidak terapung.

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar:
وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة.

"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung".

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah menjadikannya seolah2 terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang tergantung itu merupakan cerita-cerita
Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakanMasjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai.


Renung2kan dan selamat beramal!!
__._,_.___

Thursday, July 16, 2009

Marilah Kita Bermuhasabah Dengan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.

Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).

Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)

Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.

Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)

Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:

  • Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang


Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
  • Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.


Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
  • Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.


Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
  • Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah


Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
  • Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan


Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
  • Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.


Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
  • Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.


Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
  • Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.


Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
  • Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.


Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
  • Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti


Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
  • Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti


Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
  • Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti


Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
  • Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu


Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
  • Nabi tercium bau yang amat harum


Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
  • Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang


Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
  • Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.


Gambaran orang yang makan riba'
  • Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.


Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.

Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.

Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.

klik utk teruskan.....

Friday, July 3, 2009

Maktab Mahmud Yan Diiktiraf Juara

Alhamdulillah...sekali lagi marilah memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana limpah nikmat yang dicurahkannya; seorang wira dari warga maahad Yan telah menjuarai pertandingan Poem Peringkat Maktab Mahmud yang telah dianjurkan di Maktab Mahmud Merbok (MMMerbok) pada 29 Jun yang lalu...

Peserta;Muhammad Fikri bin Mohd Fauzi dan diiringi oleh tiga orang penyokong...

Antara ungkapan beliau selepas memegang trofi "ana rasa macam tak percaya sebab ana cuma ber'poem' tak sampai seminit..."(nasib jer kot...)

Walaubagaimanapun;tahniah sekali lagi kepada hero kita,kerana telah mengharumkan nama Maktab Mahmud Yan,semoga MMY sekali lagi menjadi johan pada setiap pertandingan saban tahun kalinya....

Sekian,salam penat menaip dari penulis.....

Thursday, July 2, 2009

Kem Kecemerlangan di Harvard Suasana Hotel,Gurun


Alhamdulillah,usai sudah para pelajar MMY pulang ke istana dunia.Didakap ayahanda dan ibunda dengan penuh kemesraan kalbu.Sedar tidak sedar; bulan Rejab sudah kita jejaki.Ya Allah...lapangkanlah dada kami untuk ilmumu yang melimpah ruah itu Ya Allah...PMR sudah dekat kubilang....

Pada 17 Jun 2009; para pelajar Tingakatan 3 dan 5,putera dan puteri Maktab Mahmud Yan telah bertolak ke Harvard Suasana Hotel di Gurun,Kedah.



Tidak macam tahun-tahun sebelumnya;pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang besar seperti PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Penilaian Malaysia) akan menghadiri kem kecemerlangan dan teknik menjawab di UUM.Entahlah,mengapa pada tahun ini diubah lokasinya...

Tetapi perubahan lokasi tidak melunturkan semangat kami untuk menuntut ilmu...dengan suasana hotel yang serba mewah dan layanan yang berintegiriti membuatkan kami berfikir bahawa dunia ini luas dan mengagumi keindahan ciptaan-Nya.

Tidak lupa juga segulung peghargaan kepada penceramah-penceramah kami...(sudah lupa namanya);ceramah-ceramah kalian telah menambahkan lonjakan inspirasi kami untuk terus belajar dan memperhebatkan latih-tubi.

Sebelum mengahiri celoteh yang panjang ini...ingatlah wahai Putera dan Puteri generasi Sembilan...
janganlah kita lupa....bahawa di bahu kita tergalas satu amanat daripada ibubapa,guru-guru dan rakan-rakan yang lain...
janganlah kita lupa...pesanan Sir Azman semasa taklimat motivasi beliau di kem tempohari..."perjalanan kita masih jauh.."tiada masa untuk bermain,tiada masa untuk bersenda,tiada masa untuk bercinta....

Sekian,semoga kem ini memberikan Taujihad yang berguna untuk kita,insya'Allah...:::
tag
Photobucket