Hari nie (Ahad , 19/03/2009) aku pun terkejut pasal berita yg aku bace kat
harakah online......PPSMI dibangkang keras oleh majoriti rakyat Malaysia????
Sebelum jum kita mengenali apakah itu PPSMI....
Setakat yang aku tahu PPSMI tu bermaksud Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris......
"Tindakan tersebut merupakan satu perbuatan menipu bangsa sendiri."
Itulah kekata Presiden Pas,Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang yang menggelarkan
sesiapa yang masih mempertahankan PPSMI tu sebagai "GOLONGAN CELAKA"
Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.
Katanya lagi "Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.
Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.
"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.
Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.
Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu pada Februari lalu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.
Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.
Hmmm...entahlah...dunia zaman sekrang memacam ragamnya....Anyway,untuk pembaca sume penulis harap kita dapat fikir yang mana betul dan yang mana x betul....
Sekian,salam ijtihad dari penulis....