Subscribe:

Pages

Thursday, February 11, 2010

Kami;Generasi Sembilan 2010!!!


Di rumah Sir Azman ketika melawat ibunya yang sakit

Ekspedisi ke Puteri Mandi,Titi Hayun

Seramai 12 orang yang hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan;agak sedih juga kerana bilangan pelajar putera hanya sedozen..Seperti biasa;tingkatan 4 adalah tahun 'muhajir' iaitu berpindah-randah..Pada minggu pertama,tiada sesiapa melangkah keluar;namun bilangan kami mulai berkurang pada hujung minggu kedua...


1) Muhammad Aiman bin Mua'ad

Pelajar harapan kelas yang sering diberi perhatian oleh guru-guru(top student la nie)..beliaulah orang pertama yang melangkah keluar dari Maktab Mahmud Yan ke Maktab Mahmud Alor Setar untuk mengambil kelas Sains..sungguh memilukan kami tidak sempat bersalaman dengan Aiman pada pagi beliau keluar sekolah kerana guru berada di dalam kelas....






2) Muhammad Aniq-Aiman bin Kamaluddin(kanan)
3) Abdul Hakam bin Khairol Anwar(kiri)

Aniq mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Baling (SMKAB) pada hari Aiman meninggalkan MMCY..antara pelajar 'top student' dan penceria kami di dalam kelas,kehilangan beliau masih lagi terasa..

Abdul Hakam sekarang menuntut bersama-bersama Aiman di Maktab Mahmud Alor Setar mengambil kelas Sains..beliau adalah seorang yang 'proaktif' dan juga 'master' dalam Matematik Tambahan..peninggalannya dari MMCY membuatkan kami terpaksa memerah otak mencari jawapan soalan Matematik Tambahan yang memeningkan kepala...


4) Amirul 'Azim bin Zahari

Terkejut bukan?Siapa yang tak kenal Amirul Azim?Seorang yang sarat dengan pengalaman..Beliau tukang urut yang boleh dikatakan bertaraf 'professional'..Semuanya memang suratan takdir..Beliau mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Kedah Mergong (SMKAK) mengambil kelas Sains sehari sebelum Aiman meninggalkan MMCY..beliau sekarang menuntut bersama Afifi Saleh yang juga merupakan bekas generasi Sembilan..



5) Muhammad Wafir bin Yusop(kanan)

Seorang pelajar yang menjadi contoh teladan putera generasi Sembilan.. juga menjadi ikutan adik-adik di bawahnya..sering menegur kami yang 'terbuat' salah..Sepeninggalan beliau adalah tidak dijangka..beliau merupakan seorang sahaja pelajar baru Negeri Kedah yang mendapat tawaran ke Insitut Quran,Terengganu..



Kehilangan 5 orang pelajar elit hampir-hampir melenyapkan semangat kami..Namun,kemasukan pelajar baru iaitu Muhammad Uzair bin Rosli sedikit sebanyak membina semangat kami yang kian meluntur..Marilah kita mendoakan kejayaan mereka yang berada di luar dari MMCY ini.. "belajar kat mana-mana pun sama jaa..yang penting kamu mesti 'dah set' hala tuju kamu masing-masing.." itulah kata-kata yang diucapkan oleh Cikgu Zaiton ketika memberikan sedikit motivasi kami...Insya'Allah pada tahun ini kami akan mebina semula nama Generasi Sembilan walaupun dengan kudrat kami yang tak seberapa iaitu seramai 8 orang putera,16 orang puteri..TAK KAN HILANG GENERASI SEMBILAN DI MAKTAB MAHMUD YAN!!!


Amir,Uzair,Fahmi dan Ibrahim antara 8 orang pelajar putera 9th gen 2010
(ketika berada di dalam surau...
)

0 komen:

Post a Comment

tag
Photobucket