Facebook dan blog,rata-rata penuh dgn ucapan selamat menyambut Ramadhan.Bagus sekali,kerana ada yg disertakan dgn doa dan ucapan-ucapan yg baik.Sememangnya ini bulan yg penuh dgn kebaikan,kerana semua org telah terkena aura dan ransangan bulan tarbiyyah ini.
Saya pernah menyuarakan rasa hati saya yg mahu berehat dari dunia blogging ini mulai 1 Ramadhan.Terima kasih kpd teman-teman lain kerana kata mereka,masa inilah masa yg paling org laparkan makanan rohani.Saya terfikir perkara yg sama.Moga-moga syaitan yg bakal dirantai akan menjadikan kita lebih ghairah menuntut ilmu dan lebih kuat semangat utk menuntut ilmu.
Wahyu pertama dan kedua
IQRA '-bacalah.Maksudnya ialah tuntutlah ilmu manakala wahyu kedua pula ialah daripada surah al-mudassir-'Wahai org yg berselimut,bangunlah dan berilah peringatan'.Wahyu kedua ini bermaksud tntutan dakwah.Sungguh menarik bila kita perhatikan bahawa tuntutan dakwah itu dtg slps ilmu.Ya.Ilmu ialah permulaan bagi segala-galanya.
Saya takleh jadi too selfish.Ya..saya perlu menulis,pelu mentarbiyyah dan berdakwah.Bulan Ramadhan ini bakal menjadi bulan tarbiyyah kpd saya.Slot 30 malam Ramadhan sudah sudah terisi.Jadual saya penuh.Pengajian dan tazkirah akan ada pada setiap malam.Untungnya saya.Tapi sifat seorang muslim tidak boleh untung sorang-sorang.Jadi saya faham ada segelintir drpd kita tak berpeluang utk mendapat 30 malam straight kuliah dan tazkirah,makanya saya terpaksa juga menulis,berkongsi input dan kebaikan bersama.
Seperkara lagi,saya mahu ingatkan diri saya dan anda semua supaya kita tidak menjadi golongan kelima kerana dlm sebuah hadis,Rasullallah berpesan kpd kita supaya menjadi golongan pertama,iaitu org-org yg mengajar.Jika kita tak mampu,maka kita jadi golongan yg kedua,iaitu org-org yg belajar.Kalau tak mampu,baginda pesan supaya kita cuba jadi golongan yg ketiga iaitu org-org yg sekadar mendengar ilmu.Paling kurang pun Baginda suruh kita jadi golongan keempat iaitu org-org yg suka dan cinta kpd org belajar,mengajar dan mendengar ilmu.Tapi,amaran keras Baginda kpd kita supaya jgn jadi golongan kelima iaitu org yg tiada ciri-cirinya dlm keempat-empat golongan tadi kerana golongan kelima ini pasti akan celaka.
Awas!Di sisi Allah,ilmu agama sangat tinggi nilainya.Oleh itu,kita jgn sekadar taklid org lain,berbuih-buih mulut bahkan sakit-sakit jari menaip kononnya bulan Ramadhan bulan tarbiyyah,tapi diri sendiri masih jauh dan tak mahu ditarbiyyah.
Satu lagi nasihat saya,jgn lupa bahawa ilmu itu seumpama binatang buas.Jika tak ditambat,maka ia akan hilang.Sama juga,jika ilmu itu tidak dicatit,maka kita akan lupa.Jgn jadi malu utk menyalin kerana saya sendiri tak malu nak mencatit isi khutbah setiap jumaat apatah lagi kuliah-kuliah.Jgn malu tuntut ilmu.Semua org sedia memberikan tunjuk ajar,insyaAllah.
0 komen:
Post a Comment