Subscribe:

Pages

Sunday, August 28, 2011

RAMADHAN 1432Hijrah IN MEMORIES



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.Alhamdulillah,bersyukur kita kerana masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk mengalirkan oksigen-oksigenNya di muka bumi ini melalui oksihaemoglobin yang terdapat di dalam sel darah merah kita.


Meniti hari-hari yang masih panjang,akhirnya kita dipertemukan dengan Ramadhan lagi pada tahun ini..Alhamdulillah,insya'Allah banyak masa dihabiskan dengan amal ibadat hendaknya.


Menjadi sunnatullah yang pergi akan kembali,yang bertemu akan berpisah.La budda,Ramadhan kali ini akan melabuhkan tirainya tatkala termeterainya laungan takbir Raya yang bergema di segenap pelusuk negara,seantero dunia.


Microphone diuji,ah,dah okey.Perutusan yang Dipertuan Agong memulakan hujah,ketika ini sanubari setiap insan yang telah berjuang di Madrasah Ramadhan akan merasa betapa pilunya untuk menghadapi pemergian Ramadhan..


Pengisytiharan raya diumumkan..Ah,esok raya..mendengar laungan takbir Raya..begitu pilunya hati..ya Allah,moga saja Kau terima segala amalan ku di bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi ya Allah..puasaku,bacaan Quranku,solat sunatku,terawihku,sedeqahku,zakatku,kau ampunkanlah kiranya ikhlas masih lagi belum menjengukku..kerana aku masih belajar untuk mengumpannya hadir ya Allah...



Tribute for Ramadhan 1432...


p/s:ada lagi gambar yang tak di'upload' atas masalah sistem penyampaian maklumat..harap cukup gambar yang ada dek kebatasan idea dan waktu..sekian,selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..from Ninth to Ninth..

0 komen:

Post a Comment

tag