Subscribe:

Pages

Thursday, March 31, 2011

KESUMAM 2011


Assalamualaikum kepada pembaca semua;Alhamdulillah sekali lagi marilah kita bersama-sama melonjakkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana melancarkan program Kejohanan Sukan Maktab Mahmud (KESUMAM) yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.


Bermula pada 8.30 dengan perlawanan akhir bola sepak iaitu perlawanan di antara Maktab Mahmud Alor Setar dan Maktab Mahmud Baling.Keputusan diakhiri dengan keputusan 2-0 memihak kepada Maktab Mahmud Alor Setar setelah 30 minit bermain.



Pencapaian Maktab Mahmud Yan dalam KESUMAM pada tahun ini agak memberangsangkan walaupun masih tidak mampu meraih juara kesuluruhan.Antara kejohanan yang mampu diraih ialah:
  1. Bola Tampar Putera (Naib Johan)
  2. Bola Tampar Puteri (Johan)
  3. Ping-pong Putera Single (Johan)
  4. Ping-Pong Puteri Double (Johan)
  5. Badminton Putera Double (Naib Johan dan tempat ke-4)
  6. Badminton Puteri Double (Naib Johan)

Atlet-atlet yang memenangi pertandingan di atas sekaligus menempah tiket untuk Majlis Sukan-Sukan Agama Kedah (MASSAK).


Peserta KESUMAM putera

Peserta KESUMAM puteri


Setelah pembacaan ikrar dan penutupan rasmi KESUMAM ke-5 pada tahun 2011 ini,majlis pemberian hadiah pula berlangsung.

Johan Ping-Pong Single Putera

Johan Ping-Pong Double Puteri


Ustaz Abdullah johan pertandingan badminton antara pegawai KESUMAM


Kapten pasukan bola tampar putera mengambil pingat perak sebagai Naib Johan

Maskod Maktab Mahmud Baling;tempat ketiga dalam perarakan KESUMAM

Tempat ke-4 Badminton putera

Peralatan yang dijumpai di kawasan penyampaian hadiah ^^


Keputusan johan keseluruhan KESUMAM bagi tahun ini jatuh kepada "the biggest Maktab Mahmud of the all"; kata salah seorang juruacara iaitu Maktab Mahmud Alor Setar;TAHNIAH diucapkan.


Apa-apa pun,selagi bumi boleh dipijak selagi itu semangat tidak berganjak,insya'Allah johan keseluruhan KESUMAM akan berada di dalam genggaman Maktab Mahmud Yan pada tahun hadapan insya'Allah...

0 komen:

Post a Comment

tag
Photobucket