Subscribe:

Pages

Tuesday, December 28, 2010

HaVe YoU PrePAreD foR yOuR neW sTudy..??


Assalamualaikum sume!!!memandangkn dah nk msuk 2011 maka kita pon dah nk start study blik…ana caya, c0firm pmbaca sume dilanda kemalasan krna skolah dah nk start blik kan..(tahulah best cuti lma2 pon..)so kt sini ana nk kongsikan sikit perkara yg kita perlu buat supaya kita ni rajin sikit belajar…utk candidate2 yg nk amik exam especially candidate spm 2011…amik la tip2 ni…bwa2 la buat ye…

1. Niat

Semua pelajar mesti betulkan niat..nak belajar atau nak buang masa dengan kawan-kawan...sama juga macam kita nak sembahyang...jika niat kita terpesong atau tak kuat dalam hati..namanya kita berada didunia lain la masa (berkhayal)

2. Azam

Setiap kali nak tidur kuatkan azam.."aku nak ke sekolah besok dan belajar bersungguh-sungguh, apa yang guru ajar, apa yang aku lihat, dengar dan buat Insyallah ingat"

Setiap kali bangun pagi..ulang balik azam kita malam tadi.

3. Perancangan

yah ini yang payah ni..macam mana nak buat perancangan...kena buat jadual ka...Yap paling senang sekali...buat jadual study..dan jadual study ni kenala review selalu..ubah jika perlu..jumpa guru kalau tak tahu. Berbincang dengan kawan-kawan..rujuk pelajar cemerlang di sekolah.

4. Inspirasi

cewah...inspirasi pula..ye la kalau kita rujuk inspirasi kita tentu kita nak berjaya macam dia..contohnya kita ambil inspirasi kita Rasullah. betapa tekunnya baginda berjihad walaupun mendapat tentangan dari kaumnnya sendiri. @ azali azlan or nur madihah

. dapat semua A dalam SPM.

5. Berdoa

Islam menggalakkan umatnya berdoa..doa, doa doa....SENJATA utama kita...solat hajat ngan tahajud jgn lupa plak…

6. Mohon restu ibubapa dan guru

Kerestuan ibu bapa juga penting..apa nak malu minta restu..cuma minta ampun dari ibu dan bapa setiap hari minta halal makan minum dan mintakan ibubapa doakan kat kita..mana ada ibubapa tak suka anaknya berjaya kan.kita kna minta halal dr guru kita sgala ilmu yg mereka berikan kpd kita….

7.Kawan

Ha ha ni pun part yang susah ni..pendek cerita...kawan untuk menangis sekali tak ramai...kawan untuk ketawa..ramai..ka ka ka. pilihlah kawan yang boleh membetulkan kesilapan kita..ingat mengingati…tp kalau kawan kt kls 2 mmg x byk mna pon…sbb 2 kwn yg terbaik…hehehee

sekian,,,,wassalam....

p/s:maaf la kalau ada yg terkurang…..

Thursday, December 23, 2010

AHLAN WASAHLAN 2011


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca..Alhamdulillah di kesempatan kali ini,Allah mengizinkan kepada penulis untuk menulis satu rencana baru,sebab dah dekat 2 minggu button 'publish' tak ditekan oleh admin-admin di blog ini,hurm..kiranya latihan menaip sebelum nak berhijrah ke tahun baru,2011 ini lah yer..

Pejam celik pejam celik lagi seminggu tahun 2010 dah nak mengangkat kaki meninggalkan kita..hurm,banyak benda yang tak dibereskan lagi..buku2,alat tulis,bagi yang dah semakin besar tu,dah kena beli baju baru,seluar baru..Haa..tak lupa juga yang nak jadi pengawas tahun depan,kena la beli baju lengan panjang;tak kan nak hantar kedai tampung lengan baju pendek tu..

Nak dikongsikan kisah 2010,tahun yang agak sukar bagi kami(putera form 4)..dah la sikit,kena buat kerja macam-macam..so,banyak la yang agak tak menjadi;tapi itu tak mengapa(smile) sebab pengalaman dihasilkan melalui praktikal..kalau setakat tengok sahaja tak jadi..Bak kata orang,pengalaman itu lebih berharga daripada kemahiran yang kita ada..(maksudnya kalau ada ilmu tak amalkan tak guna juga..);jadi suka duka dikongsi bersama,kami itu semua sebagai ujian daripada guru-guru untuk mematangkan kami semua..Alhamdulillah..

Lagi seminggu..!!??Untuk informasi semua..24 Disember 2010(hari publish rencana) Jumaat,akan diadakan Muqayyam bertempat di Titi Hayun,Yan,Kedah.Menarik??Ya,memang menarik..taribiyyahnya memantapkan wawasan jati diri..tempohnya 3 hari..maknanya 27 Disember 2010 sudah tamat..Tak faham..?? Perkara serabutnya di sini..29 haribulan sudah perlu ada di MMY..aduhh,macam mana dengan barang-barang sekolah..semuanya perlu dibawa.. sempatkah;tinggal 2 hari sahaja lagi..(bahagian ini tentang putera form 4 majoritinya..dan yang paling serabut penulis..tak siap banyak benda lagi..tapi masih sempat post..^^)

Kalau yang nak tahu tentang PMR tahun ini..hurm,tak banyak maklumat yang penulis dapat..yang tahu ada peningkatan yang memberansangkan keputusan PMR tahun ini berbanding tahun lepas..Mabrukk diucapkan kepada adik-adik 10th Generation kerana telah mengharumkan nama MMY..oh ya,keputusan PMR tahun ini juga berjaya mencatat rekod 100% lulus..Alhamdulillah..Allah bagi rezeki,semuanya datang daripada Allah.. ^^

Usia yang semakin dewasa tidak datang kepada kita seorang diri sahaja,dibawanya 'tanggunjawab' kepada kita..Haa,jangan ingat dah besar bisa macam-macam yaa..Macam dalam cerita Spiderman(kalau tak silap).."The great power comes with the great responsibility"..Haa, maksudnya kita yang dah punya jawatan yang besar-besar tak boleh la rilek-rilek..amanah di bahu kita,jadi..jalankanlah dengan sewajarnya seorang pemimpin itu menjalankan tugasnya...

Nak menutup rencana kali ini,penulis mengajak diri penulis yang serba daif ini bersama saudara-saudara seMuslim sekalian,pujuk hati kita,selenggaralah nafsu kita,supaya kita membuat sesuatu di jalan Allah,bukan dengan nafsu,ingat..muka yang hensem,lawa,tangan yang kuat,kaki yang lincah..semua Allah kasi pinjam jerr..dan Allah tak kasi free jer..semuanya harus dibayar dengan amalan dan ketakwaan kepadaNya...Ayuh,"think for ummah,it's the great invesment"...wassalam

Wednesday, December 8, 2010

Rekrut Maktab Mahmud 2011..??


Assalamualaikum..baru2 ini penulis telah terjumpa sekeping gambar pemain bolasepak..mungkin kalian pernah melihatnya..tetapi yang ini lain daripada yang lain..hurm,adakah ini pelapis bolasepak Maktab Mahmud akan datang..??layan.. ^_^


p/s:gambar di atas hanya rekaa semata-mata..diharap pihak yang terlibat saling redha-meredhai.. :)

Tuesday, December 7, 2010

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua....insyaallah...


Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Thursday, December 2, 2010

Mesej Berantai..Apa Hukumnya..??

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kepada semua pembaca..Apa khabar kalian?Moga2 sihat sejahtera ya hendaknya..Baiklah,kali ini penulis ingin mebincangkan tentang isu yang hangat di media massa sekarang ini;[internet dan hp mostly]..iaitu isu mesej berantai..ya2..ramai yang sudah menerima artikel atau mesej yang seperti yang disebutkan dan mungkin ada yang sudah mem'foward'kan mesej tersebut..samalah seperti penulis sendiri..Oleh kerana khuatir dengan amaran atau gesaan yang terkandung dalam mesej tersebut,penulis telah menemui satu artikel tentang isu ini..Jadi,sukalah untuk membedah tentang isu tersebut..

contoh mesej berantai

Disalin dari laman ini...moga beroleh manfaat..

Assalamualaikum..

Baru2 ini saya mendapat sms dari sahabat yg berbunyi spt berikut:
- “ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti”

Minta panel ustaz hurai apa hukum hantar sms seperti ini.

Terima kasih

jawapan:

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

perkara seperti ini dikenali sebagai surat berantai, sebelum orang menggunakan sms mereka menggunakan surat, lalu disuruh fotostat kepada 10 orang, jika dilakukan akan mendapat manfaat, jika tidak lakukan akan berlaku sesuatu mudarat kepada tuannya.

Perkara seperti ini Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. Oleh kerana ianya rekaan manusia maka terdapat perbezaan pada isi kandungan surat ini, cumanya yang sama ialah sebarkan kepada 10 orang ….

surat seperti ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib, maka ini merupakan kesesatan yang nyata.

maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat.

Wallahu’alam


Wednesday, December 1, 2010

History Of The Shirts

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua.Macam mana dengan cuti hujung tahun antum kali ini?Harapan penulis dapat diisi dengan perkara2 bermanfaat macam pergi tuisyen,atau kelas mengaji(bagi sapa yang masih fail bacaan..huhu),atau pergi gym..dan sebagainya..uke,baiklah..kali ini penulis ingin mem'flash-back' semula baju2 T yang telah di'publish' atas nama 9th Genz..Anyway, :)

#1 tHE bLuE oNe [2007]

Kisah ini berlaku 3 tahun yang lalu...

"weii..cuba hampa tgk...abg2 dah ada baju kelas..hampa tak mau buat jugak ke..??tanya si W.Si F : "hurm,uke jugak..kita buat baju kelas..tapi,sapa nak design?.."haa..kita mintak tolong Abang Fawaz;dea kan terer design.."sapa si A,'the geliga one'.."uke gak.."jawab si F selaku ketua kelas time tue..Biasalah baru form 1,mana reti nak design..mintaklah pertolongan Abang Fawaz..design punya design..ada yang accept,ada yg ignore..then,otak pra-matang kami pun berselingkuh..akhirnya,satu persetujuan dibuat,kelas kita buat several group,pastu setiap group buat satu design dan kita pilih mana yang elok..hurm,elok jugak..bincang dalam jemaah..tempoh seminggu diberi,ada group yang buat,ada yang tak..persefahaman tak begitu mantap lagi time tue,uke r..at least dah ada 3 design..akhirnya design Group U dipilih..bagi la dekat si S..dea kata Mak Su dea buleh buat..kami pown accept..bagi r deposit RM10..dipendekkan cerita,baju pun siap..tapi kami heran..kenapa tak sama pun dengan design yang dipilih..bayar RM24.oo..tak lebih tak kurang..hurm..ada yang bagi alasan kata kain elok la..cop mahal dan sebagainya..hurm,kami yang tak tau apa lagi time tue mengiyakan saja..anyway,that's the first in our batch..and we love it..!!!

#2 AdiDas SponSoReD [2008]


"Adidas sponsor..!!??betul ka.."tanya si F dengan nada hairan."Ish,dak ehh..ana suruh kedai tue cop jaa..."jawab si U.."Hurm,tak kena saman ka,nanti orang yg buat baju Adidas nampak kita ciplak camna..??Si F tidak yakin dengan cadangan si U..Cadangan untuk menghasilkan baju kedua untuk batch kitorang nie..Ada cop Adidas di kanan baju tersebut;namun begitu,ramai yang menyokong cadangan nie,depa cakap,janji siap macam dalam design cukup laa..Masa tue takda orang yang reti design lagi..Nak suruh abang2 depa dok PMR..so,ada la sorang sahabat nie dea tolong design..tapi guna Microsoft Word jer..uke r 2..permulaan lagi dea pown..baju nie tak semua yang beli,25 dari 31 orang jer yg beli..Harga..??Ehemm2..RM30;sebab lengan panjang.. :)


#3 The FirST Adobe PHotoShoP Design PublisHeD[2009]


"Sapa reti design kelas nie..??'tanya Teacher M..."--a-..!!!"sahut beberapa orang dalam kelas."Uke2 takpa..camni,pu3tanya nak buat baju kelas sekali,macam mana?Setelah beberapa minit bincang satu kelas macam accept jer cadangan 2;although beberapa orang jer yang bukak mulut..huhu;Ukelah,nak dijadikan citer;nilah baju pertama yang dihasilkan dengan perisian Adobe Photoshop..(huhu,promote sket)susah gak r sebab orang yang buat 2 baru belajar nak guna,so dea main tekan2 je la..tup2 jadik design camni..uke r..naseb bek pu3 'open minded' sket..ikut putra jer time-2..'time-2' je laa..hehe,hurm,lama gak nak wat baju nie..sebab cikgu2 pun nak beli..jadi banyaklah kritikan yang diterima..apsal baju nie cam ada tanduk la apa laa..Banyak ujian gak nak publish baju nie..Dipendekkan artikel,selama 5 minggu kalo tak silap..65 helai baju nie(kalo tak silap) siap dijahit+cop..Harga RM30 bagi putra dan RM32 bagi pu3.. (-_-)

#The NEw+ExCluSive One [2010]


"U--r,enta tak design baju ka tahun nie.."tanya M."hurm,tak tahu la..sikit orang susah sikit nak publish baju..kedai buat naik harga.."jawab U."Takyah buat laa;kita kan dah banyak baju,tahun depan la buat sweater terus.."sapa A.Hurm,tahun nak buat ke tak ye?Tapi tak best gak kalau tak buat baju..>.<>.< style="font-style: italic;">p/s:Artikel ini ada kaitan dengan semua warga Ninegen putera..Penulis memohon beribu kemaafan sekiranya ada yang terasa dalam artikel yang di'publish'..hanya sekadar kenangan kita bersama..Yang buruk datang dari jari kelam-kabut penulis ini..yang baik itu datang dari Allah dan hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah..Jadi,akhir kalam,insya'Allah blog ini akan di'up-date' selalu kerana admin blog ini akan bertambah bilangannya insya'Allah..Kita merancang Allah juga merancang dan ketahuilah perancangan Allah itu lebih mantap..sekian,wassalam..
tag
Photobucket