Thursday, December 23, 2010
AHLAN WASAHLAN 2011
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca..Alhamdulillah di kesempatan kali ini,Allah mengizinkan kepada penulis untuk menulis satu rencana baru,sebab dah dekat 2 minggu button 'publish' tak ditekan oleh admin-admin di blog ini,hurm..kiranya latihan menaip sebelum nak berhijrah ke tahun baru,2011 ini lah yer..
Pejam celik pejam celik lagi seminggu tahun 2010 dah nak mengangkat kaki meninggalkan kita..hurm,banyak benda yang tak dibereskan lagi..buku2,alat tulis,bagi yang dah semakin besar tu,dah kena beli baju baru,seluar baru..Haa..tak lupa juga yang nak jadi pengawas tahun depan,kena la beli baju lengan panjang;tak kan nak hantar kedai tampung lengan baju pendek tu..
Nak dikongsikan kisah 2010,tahun yang agak sukar bagi kami(putera form 4)..dah la sikit,kena buat kerja macam-macam..so,banyak la yang agak tak menjadi;tapi itu tak mengapa(smile) sebab pengalaman dihasilkan melalui praktikal..kalau setakat tengok sahaja tak jadi..Bak kata orang,pengalaman itu lebih berharga daripada kemahiran yang kita ada..(maksudnya kalau ada ilmu tak amalkan tak guna juga..);jadi suka duka dikongsi bersama,kami itu semua sebagai ujian daripada guru-guru untuk mematangkan kami semua..Alhamdulillah..
Lagi seminggu..!!??Untuk informasi semua..24 Disember 2010(hari publish rencana) Jumaat,akan diadakan Muqayyam bertempat di Titi Hayun,Yan,Kedah.Menarik??Ya,memang menarik..taribiyyahnya memantapkan wawasan jati diri..tempohnya 3 hari..maknanya 27 Disember 2010 sudah tamat..Tak faham..?? Perkara serabutnya di sini..29 haribulan sudah perlu ada di MMY..aduhh,macam mana dengan barang-barang sekolah..semuanya perlu dibawa.. sempatkah;tinggal 2 hari sahaja lagi..(bahagian ini tentang putera form 4 majoritinya..dan yang paling serabut penulis..tak siap banyak benda lagi..tapi masih sempat post..^^)
Kalau yang nak tahu tentang PMR tahun ini..hurm,tak banyak maklumat yang penulis dapat..yang tahu ada peningkatan yang memberansangkan keputusan PMR tahun ini berbanding tahun lepas..Mabrukk diucapkan kepada adik-adik 10th Generation kerana telah mengharumkan nama MMY..oh ya,keputusan PMR tahun ini juga berjaya mencatat rekod 100% lulus..Alhamdulillah..Allah bagi rezeki,semuanya datang daripada Allah.. ^^
Usia yang semakin dewasa tidak datang kepada kita seorang diri sahaja,dibawanya 'tanggunjawab' kepada kita..Haa,jangan ingat dah besar bisa macam-macam yaa..Macam dalam cerita Spiderman(kalau tak silap).."The great power comes with the great responsibility"..Haa, maksudnya kita yang dah punya jawatan yang besar-besar tak boleh la rilek-rilek..amanah di bahu kita,jadi..jalankanlah dengan sewajarnya seorang pemimpin itu menjalankan tugasnya...
Nak menutup rencana kali ini,penulis mengajak diri penulis yang serba daif ini bersama saudara-saudara seMuslim sekalian,pujuk hati kita,selenggaralah nafsu kita,supaya kita membuat sesuatu di jalan Allah,bukan dengan nafsu,ingat..muka yang hensem,lawa,tangan yang kuat,kaki yang lincah..semua Allah kasi pinjam jerr..dan Allah tak kasi free jer..semuanya harus dibayar dengan amalan dan ketakwaan kepadaNya...Ayuh,"think for ummah,it's the great invesment"...wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tag
0 komen:
Post a Comment