Subscribe:

Pages

Thursday, March 17, 2011

HINANYA NABI MUHAMMAD JUNJUNGAN KITA DAN KEKASIH ALLAH S.W.T.




Ni la pelukis suma kartun ni



Sebenarnya banyak lagi...xp..x sggup ana nk tgok byk2....cdey sgt...kpd mereka yg Cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW, tlg sebarkn gmbar ini di atas dasar bahawa Rasulullah SAW dan Allah SWT Yang Maha Suci tidak layak menerima penghinaan ini, Rasulullah SAW yang amat mulia hatinya tidak pernah menghina mana-mana manusia dan semua makhluk ciptaan Allah SWT. Kenapakah agama lain begitu jijik dan hina kepada Rasulullah SAW?.Umat Islam dibunuh dimerata dunia, negara yang mengaku negara Islam juga sanggup menghina Rasulullah SAW dan tidak membela perjungan Baginda, apabila dihina sebegini….. Kenapa pendakwah-pendakwah Islam tidak bangkit memberi keterangan dan memperjelaskan kepada dunia tentang kemuliaan peribadi Rasulullah SAW, bukan bangkit untuk berperang. Yakinlah fitrah manusia yang lemah akan tersungkur menyembah Allah SWT, apabila bertemu dengan Allah SWT atau apabila bertemu dengan ujian Allah SWT yang Maha Kaya. Apa yang mereka lakukan ini adalah kerana sifat takabbur dan bermegah dengan kekuasaan yang mereka miliki sekarang. Mereka memilki teknologi dan IT, namun mereka lupa Teknologi dan IT akan tergendala apabila bekalan tenaga habis atau apabila bahan eletronik terkena air, sedangkan kekuasaan Allah SWT bersama Para Malaikat yang bertugas setiap masa mampu menghalang semua kekuasaan mereka yang menghina Allah SWT dan Rasulullah SAW, belum sampai masanya Allah SWT menghabiskan umur dunia ini. Walau pun mereka menghina Rasulullah SAW sampai sebegini namun Allah SWT tidak gentar dan tidak bertindak tergesa-gesa membalas perbuatan mereka, kerana kekuasaan Allah SWT tiada tandingan, jika Allah SWT bertindak pasti bala akan mengenai insan-insan soleh dan solehah yang telah wujud di negara eropah. Allah SWT amat menyayangi mereka kerana mereka yang berada di eropah sekarang telah beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan, masyarakat mereka berada dalam kekufuran dan kemaksiatan tetapi mereka yang menjadi pilihan Allah SWT, telah dapat mencari Cahaya Allah SWT, kerana mereka cintakan kebenaran dan mereka mendapat cahaya kebenaran dengan penuh erti, sedangkan umat Islam yang berada di negara yang mengaku Islam, mereka akan kekal bersama Islam jika mereka dapat bertugas dengan kerajaan tersebut dan kerajaan tersebut tidak menghalang mereka daripada menganut dan beramal dengan amalan agama Islam, mereka belum diuji dengan kesusahan dan cabaran, belum tentu mereka kekal di atas agama Islam, jika mereka diuji dan mendapat tawaran istimewa daripada agama kristian, iman mereka akan berubah jika iman yang mereka dibina terbina diatas dasar kebendaan dan kesenangan, apabila mereka menghadapi ujian dan kesusahan maka apabila agama kristian yang datang dengan kebendaan dan kesenangan serta sesuai dengan kehendak hawa nafsu pasti mereka akan memilih agama kristian, walaupun apa yang kita lihat dalam gambar kartun ini, secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW yang menjadi Kekasih Allah SWT, yang menjadi pelengkap kepada agama Allah SWT setelah agama kristian dimansuhkan. sedarlah kita semua, bahawa Rasulullah SAW bukanlah insan yang berkhidmat kerana wang dan pangkat seperti kita, walaupun kita solat dan beribadat, namun pada hakikatnya kita tidak cintakan Rasulullah SAW dengan sebenar-benar Keimanan kepada Allah SWT. Kita masih dapat tidur lena dan tersenyum apabila Rasulullah SAW dihina sebegini rupa, kerana aqidah kita, kita tidak perlu berdakwah dan bertindak apa-apa pun selagi kita masih dapat makan dan minum serta boleh beribadat kepada Allah SWT dalam keadaan tenang, mereka yang menghina Rasulullah SAW itu adalah kerja mereka yang jahil. itulah aqidah kita, sedangkan Roh Rasulullah SAW menitis air mata menangis melihat penghinaan kepada Baginda sebegini rupa, Rasulullah SAW menangis kerana melihat umatnya dibunuh dalam keadaan lemah tanpa pembelaan pemimpin-pemimpin dunia Islam…. betapa rendahnya nilai iman dan jiwa umat Islam dizaman ini, mereka dayus dan bacul dalam mengiklankan kebenaran Islam, mereka sendiri telah mengiklankan dan membantu kekufuran serta kemaksiatan, segala keperluan untuk nafsu dan kemaksiatan sama-sama didokong dan disempurkan pembinaannya di negara-negara masing-masing bermula daripada pesta bola sepak sehinggalah permainan adat budaya dikorbankan nikmat Allah SWT untuk kepuasan hawa nafsu mereka… lalu mereka katakan, ini juga adalah amal ibadat kerana ianya dapat membina kemakmuran dan kemajuan negara, sedangkan pembelaan Jiwa atau Roh Rasulullah SAW yang dihina tidak dapat kita dengari dari mana-mana negara-negara yang mengaku Islam sampai ke saat ini. Supaya kita tidak menanggung dosa ke atas penghinaan ini, sama-samalah kita menyebarkan kebenaran Islam kepada sesiapa yang kita temui, atau melalui kemudahan-kemudahan IT yang ada seperti Facebook dan sebagainya, agar umat Islam dan manusia amnya memahami bahawa Rasulullah SAW tidak layak dihina sehingga ke tahap begini, malah kita semua sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Rasulullah SAW yang berjaya melaksanakan perintah Allah SWT dengan sempurna tanpa cacat walau sebesar zarah pun, maka layaklah Rasulullah SAW menerima berbagai penghormatan daripada Allah SWT Yang Maha Berkuasa lagi Yang Maha Esa. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.. . Buktikan Kecintaan Kita Kepada Rasulullah SAW dalam perlakuan kehidupan kita seharian….

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD




0 komen:

Post a Comment

tag