Assalamualaikum w.b.t kepada semua,ana harap insan2 yang sudi membaca artikel ni sihat2 belaka,bak dari segi mental dan fizikal,iman dan taqwa..Terlebih dahulu suka ana ucapkan selamat menjalani cuti penggal pada tahun ini,penuhilah masa2 anda dengan perkara2 berfaedah insya'Allah..

Ok baiklah,sebelum itu,mesti ada yang tertanya2 apakah itu SEAM?Haa,itu adalah singkatan yang ana sendiri beri kepada Seminar Easy Add Math kali Ke-4 yang tuan rumahnya kali ini disandang oleh SMKAB(Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling,Kedah.
Tujuan seminar tersebut tidak lain tidak bukan adalah sebagai satu bengkel pengukuhan mata pelajaran Matematik Tambahan bagi subjek Tingkatan 4 sahaja oleh kerana ini hanyalah Modul yang Pertama (Modul keDua iaitu subjek Tingkatan Lima akan diadakan pada minggu pertama cuti pertengahan tahun,lokasi masih belum diketahui).

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada fasilillator yang sudi mengajar kami ilmu2 serta kaedah2 penyelesaian terpantas,dan menahan segala karenah kami,antaranya seperti Cikgu Sollehun,Cikgu Azam dan Cikgu Soufee (maaf,gambar tak sempat ambil..)
Akhir kalam,walaupun tidak banyak memberi input2 yang memuaskan(nak tahu lebih lanjut,dekat sekolah ke,warung2 kopi ke kita sembang,k..)suka ana ulangi kata2 salah seorang fasilillator kami; " Add Math is not easy,but it's hard to get failed". Sekian,Assalamualaikum w.b.t...
1 komen:
semad gambaq ^^
Post a Comment