Subscribe:

Pages

Wednesday, June 1, 2011

sokong Palestin : Facebook hapus akaun Marcelo Vieira


Sebagai pemain bolasepak di sebuah kelab terkemuka di dunia memang membuatkan pemain daripada Brazil ini idola kepada ramai orang. Terbaru Marcelo, 23, pemain bek kiri Real Madrid dan pasukan antarabangsa Brazil telah dipadamkan akaun Facebook setelah mengemaskini status Facebooknya yang berbaur sokongan beliau tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin. Tindakan ke atas Marcelo ini berkait rapat dengan status selebritinya sebagai pemain bolasepak yang dikenali ramai.
Akaun Facebook Marcelo yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak melontar batu berserta status yang berbunyi “My heart with Palestinian now as they fighting with Israel” telah mengejutkan pendokong rejim Zionis sehingga mereka mengambil tindakan untuk memberi tekanan kepada pentadbir Facebook bagi memadamkan akaun beliau daripada terus aktif.
Status Marcelo telah disahut oleh seramai 4,221 orang dengan sokongan ‘LIKE’ dan sebanyak 1,998 komen telah dihantar terus meneruskan ke akaun peribadi Marcelo. Pendirian Marcelo secara tegas terhadap isu Palestin mengambarkan pemain yang memiliki nama sebenar, Marcelo Vieira da Silva Júnior ini amat prihatin terhadap kekejaman dan dasar keras Israel terhadap rakyat Palestin.
Marcelo bukan pemain bolasepak pertama yang memberi sokongan secara terbuka kepada pejuangan rakyat Palestin. Antara pemain lain yang turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin adalah Ronaldo. Ronaldo dilaporkan telah melawat Palestin dan kem-kem pelarian di sana sebagai tanda simpati beliau terhadap apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Selain itu, pemain beragama Islam yang mewakili kelab Sevilla, Frederick Omar Kanoute turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin apabila beliau bertindak meraikan gol dengan membuka baju yang tertera perkataan “Palestina”.

0 komen:

Post a Comment

tag